Kelebihan Masjid Nabi
Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"
Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."
Raudhah Al-Musyarrafah
Adab-adab Menziarahi Rasulullah s.a.w:
1. Merendahkan suara ketika menziarahi Rasulullah s.a.w merupakan adab ketika bersama Rasulullah s.a.w dan mentaati firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara percakapan kamu melebihi suara percakapan Nabi s.a.w dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan kepadanya sebagaimana sesetengah kamu menyaringkan suaranya semasa menghadapkan percakapan kepada sesetengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedang kamu tidak menyedari". Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya (semasa mereka berada) di sisi Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t tidak akan menghapuskan amalan-amalannya
2. Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Thabit bin Qais r.a kerana beliau telah meninggikan suara kerana terlalu takut kepada Allah. Beliau duduk di rumah sambil menangis lalu berkata: Suara akulah yang paling tinggi di kalangan para sahabat ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w. Ayat ini tentu telah ditujukan kepadaku. Apabila Rasulullah s.a.w menyedari kehilangannya, baginda mengutuskan supaya mencarinya. Apabila utusan tesebut sampai di rumah keluarganya, mereka berkata: Itu dia, di dalam rumahnya. Air matanya masih berlinangan semenjak beberapa hari. Apabila mereka masuk menemuinya, beliau berkata bahawa ayat tersebut telah ditujukan kepadanya. Kemudian beliau telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. Baginda menenangkannya dan memberitahu kepada beliau berita gembira tentang Syurga (yang dijanjikan untuknya).
3. Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah berkata: Tidak sepatutnya meninggikan suara di sisi Nabi s.a.w samada ketika baginda masih hidup ataupun telah wafat.
4. Apabila Saidatina Aisyah r.a mendengar suara memacak atau seseorang sedang memaku di rumah yang berhampiran, beliau akan memberitahu penghuninya dengan berkata: Janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w.
5. Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah melihat dua orang lelaki sedang bermaki hamun di dalam Masjid Nabi s.a.w. Beliau mengutuskan salam kepada mereka berdua agar menemuinya. Ketika mereka datang menghampirinya, beliau bertanya: Dari manakah kamu berdua? Mereka menjawab: Dari Taif. Saidina Umar r.a berkata: Sekiranya kamu berdua berasal dari penduduk Madinah nescaya aku akan memukul kamu berdua kerana sesungguhnya masjid kita ini tidak boleh ditinggikan suara.