Pengertian Umrah Pada Syarak
Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, saie dan bercukur (bergunting) dengan menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.
Pengertian Umrah Dari Sudut Batiniah
Dari sudut batiniah pula, umrah adalah merupakan proses penyucian jiwa. Barang siapa yang mengerjakan umrah, sebenarnya dia memenuhi panggilan Allah dan menjadi tetamu Allah s.w.t. di rumah-Nya yang penuh barakah.
Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah s.a.w bersabda: Tetamu Allah itu ada tiga: mereka yang berperang di jalan Allah, orang yang mengerjakan haji, dan orang yang mengerjakan umrah.” (HR. Nasa’i dan Ibnu Huzaimah).
Jadi sepatutnyalah, seseorang yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah Yang Maha Agong, yang mana niat yang ikhlas (mengerjakan umrah semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah – pinjam kata-kata Prof. Muhd Kamil Ibrahim –Travelog Haji, bukan kerana rindukan kaabah dsb.) dan hati yang dihiasi dengan sifat-sifat yang terpuji merupakan kriteria prestasi yang dinilai (KPI – Key Performance Index), maka perlulah dia memenuhi KPI tersebut sebelum dia berangkat ke tanah suci. Selanjutnya, jika dia melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan tidak melakukan rafats, fusūq, dan jidāl, maka ia akan kembali ke kampung halamannya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya ke dunia – iaitu bersih daripada segala dosa dan hati nuraninya juga bersih daripada sifat-sifat yang tercela.
Dari Abu Hurairah r.a bahwa ia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berhaji dan ia tidak berbuat rafats dan fasiq maka ia akan kembali seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya. (HR. Muttafaq ‘Alaih)
Rafasa – mencampuri isteri, sedangkan ia masih berihram (melakukan persetubuhan atau melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium, bercumbu-cumbuan, dan sebagainya) – kena DAM seekor unta.
Fusūq – membuat maksiat
Jidāl – bertengkar-tengkar, berkelahi dsb.
(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). Al-Baqarah: 197
Maka saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga kepada para pembaca agar berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan tiga perkara di atas, supaya umrah yang kita lakukan ialah merupakan umrah yang 'mabrur'. Amin Ya Rab al-'alamin.

أبا هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وفد الله ثلاثة الغازي والحاج والمعتمر» .

عن أبي هريرةَ رضيَ اللّهُ عنه قال: سمعتُ النبيَّ صلى الله عليه وسلم يقول
«من حجَّ للّهِ فلمَ يَرفُثْ ولم يَفْسُقْ رَجَع كيومِ ولدَتْهُ أمُّه».