Skip to main content

Haji : Hajarulaswad

Kelebihan Hajarulaswad:
1.Berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, Rasulullah s.a.w telah
mengucup Hajarulaswad. Selepas baginda mengucupnya para sahabat serta seluruh umat Islam terus mengucupnya hingga ke hari Kiamat kerana mengikuti Rasulullah s.a.w dalam perkara ini.
2.Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah memberi peringatan kepada seluruh umat Islam dari beriktikad bahawa terdapat sesuatu yang boleh memberi manfaat dan kemudaratan selain daripada Allah s.w.t. Terdapat riwayat di dalam kitab Sahih bahawa Saidina Umar bin Al-Khattab r.a pernah berkata: Demi Allah! Sesungguhnya aku telah menyedari bahawa kamu hanyalah batu, tidak boleh memberi manfaat dan kemudaratan. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, tentu aku tidak akan mengucupmu.
3.Terdapat riwayat sahih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar. Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah s.a.w dimana baginda bersabda: Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam. Di dalam lafaz yang lain: Sehinggalah telah dihitamkan oleh kesalahan dan dosa golongan syirik (yang menyekutukan Allah).

Popular posts from this blog

Ibadah Umrah

Ibadah Umrah Ibadah Umrah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. 1. Beriham Dari Miqat  Miqat Zamani:  Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. Tanda Sempadan Tanah Haram: Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km. Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan d

Ibadah Haji

Ibadah Haji Haji Definisi Haji: Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji. Haji Tamattu` Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Qiran Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Ifrad Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Huku