Skip to main content

Umrah : Masjid Quba'


Masjid Quba'
1.Masjid pertama di Madinah Munawwarah. Allah s.w.t memuji masjid ini dan orang yang mendirikan sembahyang di dalamnya dari kalangan penduduk Quba' dengan FirmanNya yang bermaksud: Kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Nabi s.a.w telah bersabda kepada mereka: Apakah yang kamu lakukan sehingga Allah telah memperelokkan kamu dengan pujiannya?
Mereka berkata: Kami telah menghimpunkan di antara batu dan air untuk bersuci.
2.Telah diceritakan bahawa Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.

Sabda Nabi s.a.w lagi:
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.
3.Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.

Popular posts from this blog

Ibadah Umrah

Ibadah Umrah Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
1. Beriham Dari Miqat 
Miqat Zamani: 
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tan'im:Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.Wadi Nakhlah:Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.Ja'ranah:Di sebelah timur sejauh 16 km.Adhah:Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.Hudaibiyah:Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-S…

Ibadah Haji

Ibadah Haji
HajiDefinisi Haji:Haji dari sudut bahasa:Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.Haji dari sudut Syarak:Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.
Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.
Haji Tamattu`
Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.
Haji Qiran
Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.
Haji Ifrad
Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Hukum dan Dalilnya:
Ibadat Haji difardhukan sekali…