Skip to main content

Umrah : Masjid Nabi

Kelebihan Masjid Nabi
Masjid Nabi s.a.w merupakan masjid kedua di dalam Islam yang mempunyai kelebihan serta kedudukan di sisi Allah Azza Wajalla dan yang mempunyai ganjaran pahala berlipat ganda terhadap seseorang yang menunaikan sembahyang di dalamnya serta orang yang bertujuan menziarahinya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
" Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke tiga buah masjid, iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (Masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa"

Telah ditetapkan bahawa kepada sesiapa yang mendirikan sembahyang di masjid Nabi s.a.w akan memperolehi ganjaran yang sangat besar. Sesungguhnya telah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram."

Raudhah Al-Musyarrafah 
Adab-adab Menziarahi Rasulullah s.a.w:
1.   Merendahkan suara ketika menziarahi Rasulullah s.a.w merupakan adab ketika bersama Rasulullah s.a.w dan mentaati firman Allah s.w.t: Yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suara percakapan kamu melebihi suara percakapan Nabi s.a.w dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan percakapan kepadanya sebagaimana sesetengah kamu menyaringkan suaranya semasa menghadapkan percakapan kepada sesetengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amalan-amalan kamu tidak terhapus pahalanya sedang kamu tidak menyedari". Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya (semasa mereka berada) di sisi Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t tidak akan menghapuskan amalan-amalannya
2.  Sesungguhnya ayat ini telah diturunkan kepada Thabit bin Qais r.a kerana beliau telah meninggikan suara kerana terlalu takut kepada Allah. Beliau duduk di rumah sambil menangis lalu berkata: Suara akulah yang paling tinggi di kalangan para sahabat ketika berada di sisi Rasulullah s.a.w. Ayat ini tentu telah ditujukan kepadaku. Apabila Rasulullah s.a.w menyedari kehilangannya, baginda mengutuskan supaya mencarinya. Apabila utusan tesebut sampai di rumah keluarganya, mereka berkata: Itu dia, di dalam rumahnya. Air matanya masih berlinangan semenjak beberapa hari. Apabila mereka masuk menemuinya, beliau berkata bahawa ayat tersebut telah ditujukan kepadanya. Kemudian beliau telah dibawa menemui Rasulullah s.a.w. Baginda menenangkannya dan memberitahu kepada beliau berita gembira tentang Syurga (yang dijanjikan untuknya).
3.  Diriwayatkan bahawa Abu Bakar As-Siddiq r.a pernah berkata: Tidak sepatutnya meninggikan suara di sisi Nabi s.a.w samada ketika baginda masih hidup ataupun telah wafat.
4.  Apabila Saidatina Aisyah r.a mendengar suara memacak atau seseorang sedang memaku di rumah yang berhampiran, beliau akan memberitahu penghuninya dengan berkata: Janganlah kamu menyakiti Rasulullah s.a.w.
5.  Saidina Umar bin Al-Khattab r.a telah melihat dua orang lelaki sedang bermaki hamun di dalam Masjid Nabi s.a.w. Beliau mengutuskan salam kepada mereka berdua agar menemuinya. Ketika mereka datang menghampirinya, beliau bertanya: Dari manakah kamu berdua? Mereka menjawab: Dari Taif. Saidina Umar r.a berkata: Sekiranya kamu berdua berasal dari penduduk Madinah nescaya aku akan memukul kamu berdua kerana sesungguhnya masjid kita ini tidak boleh ditinggikan suara.

Popular posts from this blog

Ibadah Umrah

Ibadah Umrah Ibadah Umrah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. 1. Beriham Dari Miqat  Miqat Zamani:  Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. Tanda Sempadan Tanah Haram: Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km. Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan d

Ibadah Haji

Ibadah Haji Haji Definisi Haji: Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji. Haji Tamattu` Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Qiran Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Ifrad Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Huku