Skip to main content

Umrah : Ziarah Madinah

Ziarah Madinah
Pengharaman Kota Madinah dan Sempadan Haramnya Rasulullah s.a.w mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah mengharamkan Kota Mekah al-Mukarramah. Rasulullah s.a.w bersabda: (Madinah) Kawasan yang berada di antara dua batu hitam merupakan kawasan haram.
Sempadan Haram Kota Madinah Munawwarah:
1.Kawasan yang terletak di antara dua batu hitam: Dua batu hitam ialah: Dua gurun yang panas di timur dan suatu ketika dahulu dikenali dengan gurun Waqim manakala gurun di baratnya pula dikenali dengan gurun Wabrah.
2.Pengharaman kawasan yang terletak di antara dua gurun dan ketiga-tiga perlembahannya iaitu Jama' Tadaru', Jama' Ummu Khalid dan Jama' Aqil atau Aqir iaitu bukit-bukit kecil yang memanjang ke perlembahan Aqiq dari sebelah barat telaga Urwah (berhampiran Universiti Islam).
3.Pengharaman kawasan antara Thur dan 'Ier.
*Thur ialah bukit kecil di belakang bukit Uhud. Ia berwarna merah. Kini di sebelah belakangnya terdapat jalan menuju ke lapangan terbang.
*'Ier ialah bukit hitam besar yang terletak di sebelah barat daya Zul Hulaifah (kini dikenali dengan Abar Ali). Terdapat lebuhraya di lereng sebelah baratnya.

1.Madinah adalah bumi yang paling dikasihi oleh Allah s.w.t kerana ia merupakan: Tempat Nabi s.a.w berhijrah dan tempat tidur baginda manakala penduduknya pula merupakan jiran-jiran serta penolong baginda. Madinah juga merupakan gedung iman dan di sanalah iman dapat bertahan di akhir zaman nanti. Di pintu-pintu masuknya terdapat pengawal yang terdiri daripada Malaikat. Dajal dan penyakit taun tidak akan dapat memasukinya. Ia merupakan negara terakhir di dunia ini yang diruntuhkan. Ia juga merupakan tempat diturunkan wahyu. Hampir kesemua tempat di Madinah diturunkan ayat-ayat Al-Quran atau diriwayatkan Hadis-hadis. Ia adalah Haram Allah dan RasulNya s.a.w (Haramain).
2.Sesiapa yang berniat buruk terhadapnya, Allah s.w.t akan membalasnya seperti garam yang larut di dalam air. Ianya terhindar dari segala keburukan atau kejahatan kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berdoa untuknya yang bermaksud: Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap menyintai Kota Madinah sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, bahkan lebih dari itu.

Popular posts from this blog

Ibadah Umrah

Ibadah Umrah Ibadah Umrah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. 1. Beriham Dari Miqat  Miqat Zamani:  Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram. Tanda Sempadan Tanah Haram: Tan'im : Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah. Wadi Nakhlah : Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km. Ja'ranah : Di sebelah timur sejauh 16 km. Adhah : Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km. Hudaibiyah : Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan d

Ibadah Haji

Ibadah Haji Haji Definisi Haji: Haji dari sudut bahasa: Menuju kepada Allah Yang Maha Agung. Haji dari sudut Syarak: Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu. Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji. Haji Tamattu` Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Qiran Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam. Haji Ifrad Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Huku