Skip to main content

Umrah : Pengertian Umrah

Pengertian Umrah Pada Syarak

Pengertian umrah pada syarak ialah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) kerana mengerjakan tawaf, saie dan bercukur (bergunting) dengan menurut syarat-syarat dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.

Pengertian Umrah Dari Sudut Batiniah

Dari sudut batiniah pula, umrah adalah merupakan proses penyucian jiwa. Barang siapa yang mengerjakan umrah, sebenarnya dia memenuhi panggilan Allah dan menjadi tetamu Allah s.w.t. di rumah-Nya yang penuh barakah.

أبا هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: وفد الله ثلاثة الغازي والحاج والمعتمر» .

Dari Abu Hurairah r.a: “Rasulullah s.a.w bersabda: Tetamu Allah itu ada tiga: mereka yang berperang di jalan Allah, orang yang mengerjakan haji, dan orang yang mengerjakan umrah.” (HR. Nasa’i dan Ibnu Huzaimah).

Jadi sepatutnyalah, seseorang yang dijemput untuk menjadi tetamu Allah Yang Maha Agong, yang mana niat yang ikhlas (mengerjakan umrah semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah – pinjam kata-kata Prof. Muhd Kamil Ibrahim –Travelog Haji, bukan kerana rindukan kaabah dsb.) dan hati yang dihiasi dengan sifat-sifat yang terpuji merupakan kriteria prestasi yang dinilai (KPI – Key Performance Index), maka perlulah dia memenuhi KPI tersebut sebelum dia berangkat ke tanah suci. Selanjutnya, jika dia melakukan ibadah umrah dengan sempurna dan tidak melakukan rafats, fusūq, dan jidāl, maka ia akan kembali ke kampung halamannya seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya ke dunia – iaitu bersih daripada segala dosa dan hati nuraninya juga bersih daripada sifat-sifat yang tercela.

عن أبي هريرةَ رضيَ اللّهُ عنه قال: سمعتُ النبيَّ صلى الله عليه وسلم يقول

«من حجَّ للّهِ فلمَ يَرفُثْ ولم يَفْسُقْ رَجَع كيومِ ولدَتْهُ أمُّه».

Dari Abu Hurairah r.a bahwa ia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang berhaji dan ia tidak berbuat rafats dan fasiq maka ia akan kembali seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibu kandungnya. (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Rafasa – mencampuri isteri, sedangkan ia masih berihram (melakukan persetubuhan atau melakukan perkara-perkara permulaan persetubuhan seperti bercium, bercumbu-cumbuan, dan sebagainya) – kena DAM seekor unta.

Fusūq – membuat maksiat

Jidāl – bertengkar-tengkar, berkelahi dsb.



(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). Al-Baqarah: 197

Maka saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan juga kepada para pembaca agar berusaha bersungguh-sungguh mengelakkan tiga perkara di atas, supaya umrah yang kita lakukan ialah merupakan umrah yang 'mabrur'. Amin Ya Rab al-'alamin.

Popular posts from this blog

Ibadah Umrah

Ibadah Umrah Ibadah Umrah

Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
1. Beriham Dari Miqat 
Miqat Zamani: 
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.

Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tan'im:Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.Wadi Nakhlah:Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.Ja'ranah:Di sebelah timur sejauh 16 km.Adhah:Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.Hudaibiyah:Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-S…

Ibadah Haji

Ibadah Haji
HajiDefinisi Haji:Haji dari sudut bahasa:Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.Haji dari sudut Syarak:Mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.
Semua Mazhab bersependapat tentang definisi Haji.
Haji Tamattu`
Haji Tamattu' ialah berihram Umrah pada bulan-bulan Haji. Setelah selesai mengerjakan Umrah dan telahpun bertahalul, orang haji akan berniat Ihram Haji pada hari Tarwiah dan dia dikenakan menyembelih Dam.
Haji Qiran
Haji Qiran ialah berniat Umrah dan Haji secara serentak dan orang Haji tidak boleh bertahallul dari Ihram sebelum melontar Jamrah Aqabah serta bercukur atau bergunting. Dia dikenakan menyembelih Dam.
Haji Ifrad
Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
Hukum dan Dalilnya:
Ibadat Haji difardhukan sekali…